Tips Memilih Batik Mengikut Warna Kulit Dan Bentuk Badan

Hasil seni batik kaya dengan motif, warna, dan gabungan reka corak, sehingga variasinya sangat banyak. Bagaimana memilih warna motif yang sesuai dengan warna kulit dan bentuk badan anda agar tampil cantik dan serasi?

Secara umum warna kulit dapat dibahagikan kepada dua iaitu warna dingin dan warna hangat.  Warna hangat adalah mengandungi unsur kuning. Dan warna yang termasuk warna hangat adalah kuning kunyit, peach, orange, hijau lumut, merah bata, putih gading atau keemasan. Sedangkan kategori warna dingin adalah warna-warna yang mengandungi unsur kebiruan seperti putih susu, pink, baby blue, toska, hijau zamrud, kelabu, putih  porselen atau rose beige.

Sesetengah orang membeli batik berdasarkan kesukaan  bentuk motif dan warna dan kadang kala tidak mempertimbangkan dengan warna kulitnya.

Bagaimana cara menentukan warna kulit? Berdiri di depan kaca dan letakkan kain warna orange di bahu/dada untuk mewakili warna hangat. Perhatikan perubahan wajah saat diletakkan bahan warna tersebut. Apakah wajah nampak lebih hidup, bercahaya atau nampak kusam atau pucat. Apabila wajah nambah lebih cemerlang, bererti anda termasuk pada kategori warna hangat. Ertinya anda akan tampak lebih cerah jika memilih warna batik yang didominasi warna-warna hangat.
Cuba pula letakkan warna pink atau biru di bahu/dada untuk mewakili warna dingin. Perhatikan effectnya di wajah. Apabila dengan warna dingin kulit tampak lebih cerah, bererti anda termasuk dalam kategori warna dingin.

Jika anda mengalami kesulitan melihat pengaruh warna terhadap wajah, maka anda boleh meminta bantuan teman anda atau orang yang terdekat untuk menilainya. Kategori warna dingin pilih batik yang didominasi warna pink, dusty pink, hijau zamrud, ungu, lila, rose, beige atau magenta.

Selain warna, keserasian bentuk badan   dan ukuran motif juga perlu diperhatikan, kerana bukan semua orang mempunyai bentuk badan yang sama. Lihat di cermin bahagian badan mana yang lebih menonjol dan bahagian badan mana yang perlu diselindungkan.

Secara umum sifat warna gelap memberi kesan mengecilkan atau melangsingkan, untuk menutupi bahagian tubuh yang berlebihan, sedangkan warna terang memberi kesan memperbesar. Warna terang boleh dipakai untuk menonjolkan bahagian tubuh.

Bagi perempuan yang mempunyai bentuk tubuh lurus yang bahagian atas dan bawah sama rata, lebih elok memilih motif batik yang bervolume seperti diagonal (berpenjuru) atau motif besar. Baju batik dengan lengan belon atau puff akan lebih menonjol. Atau baju dengan lingkaran leher rendah, atau detail pada bahagian atas baju juga dipadankan dengan sarung atau kain. Pilih yang ada shape pada bahagian pinggang.

Bentuk tubuh segi tiga terbalik yang bahagian atas lebih besar dari bahagian bawah. Untuk itu, kurangkan volume pada bahagian atas dan pilih warna yang gelap untuk baju. Kalau memakai kain, maka pilih warna kain yang lebih terang daripada warna baju. Misalnya, baju warna cokelat dan kain warna cokelat muda. Atau baju warna maroon dan kain batik dengan gabungan warna yang lebih muda. Pilih kain dengan corak diagonal (berpenjuru) untuk menyeimbangkan bahagian atas. Hindari potongan kebaya kurung atau melayu kerana akan menyerlahkan lagi ketidakseimbangan. Elak dari memakai baju tanpa lengan.

Seterusnya bagi anda yang memiliki bentuk tubuh pir, yang bahagian atas kecil dan bahagian bawah besar. Bagi anda yang badan bentuk pir boleh le buat baju dengan potongan kebaya kerah Sabrina agar bahu nampak lebih lebar. Dress yang berpotongan empire waist line juga boleh dipilih untuk menyamarkan bahagian pinggul yang lebar. Hindari baju berpotongan pendek dan potongan baju yang jatuh tepat di atas pinggul. Jika ingin tampil dengan  berkain batik, pilih fabrik yang ringan seperti sutera, dengan corak vertikal dan warna yang lebih gelap seperti maroon, cokelat tua, biru tua dan baju yang lebih terang.

 

Sumber rujukan:

How to Wear Batik

Reni Kusumawardhani

Gramedia Pustaka Utama (GPU)

13 Disember 2012

Share Button

2 thoughts on “Tips Memilih Batik Mengikut Warna Kulit Dan Bentuk Badan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*