Batik tidak sesuai untuk generasi muda?

GENERASI muda adalah golongan yang berani untuk mencuba pelbagai jenis fesyen. Mereka suka bergaya dan gemarkan kelainan dalam berpakaian. Bagaimanapun tidak ramai anak muda kini yang gemar mengenakan pakaian batik kerana dirasakan tidak sesuai dengan umur mereka.

Kebanyakkan generasi muda kini agak keberatan memakai batik tradisional yang sedia ada kerana ia kurang menepati citarasa remaja zaman sekarang. Walhal, mereka sepatutnya berbangga dengan fesyen batik kerana ia adalah lambang warisan negara yang tidak ternilai. Namun begitu, menerusi pemodenan batik dengan rekaan-rekaan yang segar dan trendy mampu menarik minat mereka sekaligus menghilangkan rasa malu apabila menyarungkannya ke acara santai.

Sebelum ini, hanya kebaya dan kurung menjadi pilihan remaja perempuan apabila menggayakan batik. Akibatnya, skop penggunaan batik dirasakan terhad dan tidak boleh diperkembangkan kepada rekaan busana lain. Pelbagai promosi atau usaha badan-badan tertentu mengangkat batik ke peringkat global telah dilaksanakan, bagi menarik minat remaja tempatan, yang diharapkan dapat menyambung legasi agung ini.

Gamis-Pesta-Batik-Sarimbit-Clared

Untuk menarik generasi muda meminati fesyen tersebut penggiat industri batik kini telah mempelbagaikan rekaan mereka agar nampak moden. Bagi yang berminat, bolehlah memadankan pakaian batik seperti blaus atau kemeja cotton dengan denim agar tampak kasual dan lebih santai tatkala berlibur bersama teman-teman.

images

Pemilihan fabrik, rekaan dan potongan yang diilhamkan juga mengikut citarasa masyarakat moden hari ini. Potongan busana juga tidak tertumpu kepada wanita tidak bertudung. Rekaan fesyen batik hari ini lebih segar, selesa dan sesuai untuk gaya pemakaian wanita Muslimah seperti kaftan, jubah, blaus panjang dan kurung moden.

images (1)

Untuk yang bukan islam dan lebih berani, potongan blaus berkemban yang dipadankan dengan selendang dan blaus kasual santai yang disuaipadankan dengan topi pantai antara rekaan yang menarik perhatian. Selain itu, gaun petang menggunakan corak batik dengan gaya lebih anggun, segak, bergaya juga menepati tema dan citarasa bagi menghadiri acara berprestij dan majlis rasmi.

hand-drawn-batik-dress-malaysian-craft-promo-harrods-022609

Secara keseluruhannya, pereka fesyen tempatan lebih menampilkan rona terang dan berwarna-warni dengan mainan corak berbunga serta haiwan untuk penggayaan kontemporari. Tidak lari daripada budaya tempatan, rekaan busana batik kekal dengan imej sopan tetapi masih mampu bergaya anggun dan elegan, yang nyata lebih sesuai untuk generasi muda masa kini.

Share Button

One thought on “Batik tidak sesuai untuk generasi muda?

  1. Batik adalah warisan kebanggaan Malaysia. Adalah menjadi tanggungjawab setiap pereka fesyen agar dapat design baju yang menggunakan elemen batik. Ini bakal membawa batik ke peringkat antarabangsa.

    Batik juga boleh diketengahkan dalam fesyen muslimah seperti jubah, baju kurung, blouse dan sebagainya. Sekiranya dilakukan begitu, ianya mampu merubah persepsi orang bahawa batik hanya sesuai acara rasmi sahaja.

    Walaupun fesyen kini membuat kita melupakan batik tetapi batik tetap aset atau seni negara kita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*