Batik Ela

Tahukah anda batik ela juga adalah batik blok? Cuma batik ela merupakan batik blok yang dihasilkan dalam ukuran yang panjang dan dijual secara ela mengikut keperluan dan kehendak pengguna.

batik ela2

Sekitar tahun 1960-an, batik ela mula diperkenalkan dan dikomersilkan. Pengusaha batik mula menghasilkan kain batik yang berukuran panjang. Ia boleh dipotong dan dijahit untuk dijadikan pakaian, item dekorasi dalaman rumah, cenderamata dan sebagainya. Corak dan motif batik ela lebih moden, lebih bebas daripada ciri-ciri tradisional dengan penggunaan warna-warna yang lebih menarik dan cerah.

batik ela1

Seiring dengan perubahan dalam teknik pembuatan batik, kain batik jugak telah berkembang dari pembuatan batik sarong yang menggunakan blok kepada pembuatan batik ela yang berukuran panjang. Perkembangan seterusnya dalam industri batik adalah fabrik yang digunakan dalam pembuatan batik ela. Dari penggunaan kain kapas (cotton) kepada fabrik yang lebih baik seperti lawn dan linen, kain kasa (voile) dan organza, dan dari fiber semulajadi kepada sutera (silk).

Sumber Rujukan:

Ensiklopedia Kraf Malaysia

Cetakan Pertama 2012

Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia

 

Share Button

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*