Batik Cotton atau Batik Sutera?

Batik Cotton versus Batik Sutera

Di antara peminat-peminat batik ada yang lebih menyukai batik cotton dan ada yang lebih menggemari batik sutera. Ada juga yang menggemari kedua-duanya dan menjadikan kedua-dua jenis batik ini sebagai koleksi yang disayangi.  Di sini dipaparkan kelebihan-kelebihan yang ada pada setiap jenis batik ini.

 

Batik Cotton

1)      Batik cotton sejuk, lembut dan amat selesa dipakai.

2)      Harga batik cotton adalah lebih murah berbanding dengan batik sutera seperti satin, crepe, jacquard dll.

3)      Batik cotton senang dicuci dan mudah dijaga. Ia tidak memerlukan penjagaan yang sangat rapi.

4)      Batik cotton tahan lasak dengan apa-apa jua keadaan cuaca.

5)      Batik cotton boleh dibasuh dengan tangan dan mesin basuh.

6)      Batik cotton tidak mudah kusut, dan tidak mudah luntur warna bila dicuci.

7)      Mudah dilukis, dicetak, disunting dan dipotong, serta tidak berbulu.

8)      Corak batik cotton adalah lebih sweet, simple dan tidak keterlaluan.

9)      Batik cotton sesuai digayakan ke pejabat atau ke majlis-majlis rasmi, juga sesuai untuk acara-acara santai kerana coraknya yang tidak keterlaluan.

 

Batik Sutera

1)      Batik sutera terdiri dari pelbagai jenis fabrik; satin, crepe, chiffon dan jacquard. Peminat batik boleh membuat pilihan mengikut kegemaran masing-masing.

2)      Batik sutera selesa dipakai, lembut dan nampak lebih eksklusif. Sudah semestinya harga batik sutera jauh lebih mahal.

3)      Batik sutera memerlukan penjagaan lebih rapi kerana materialnya lebih lembut dan sensitif.

4)      Ia perlu dibasuh dengan tangan menggunakan sabun khas atau sabun mandi.

5)      Bahan sutera memiliki ciri khas iaitu berkilau seperti mutiara. Struktur prisma inilah yang menyebabkan cahaya akan disebar ketika terkena bahan dari sutera sehingga menimbulkan efek kilau yang indah pada sutera.

6)      Sutera memiliki daya tahan terhadap panas dan tidak mudah terbakar.

7)      Salah satu kemampuan istimewa sutera adalah mampu melindungi kulit tubuh dari sinar ultraviolet yang dapat merosakkan kulit.

8)      Biasanya batik sutera terdiri daripada batik lukis dan pada kebiasaannya hanya satu design direka bagi setiap kain (tiada hasil lukisan yang sama untuk setiap kain).

9)      Lebih sesuai dipakai untuk ke pejabat dan majlis-majlis rasmi.

Share Button

One thought on “Batik Cotton atau Batik Sutera?

  1. Assalam. Kedua-dua jenis batik memang popular di kalangan lelaki dan wanita di Malaysia ni. Terutamanya ketika menghadiri majls-majlis formal atau istimewa kerana batik itu sendiri telah diangkat dalam kelasnya yang tersendiri. Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*