Baju Batik 1Malaysia

batik 1malaysia

Batik 1Malaysia merupakan cetusan idea Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Dato’ Seri Utama Rais Yatim pada tahun 2010 dan direka semula oleh kumpulan pereka Kraftangan Malaysia yang terdiri daripada Encik Nazari Maarus (Allahyarham), Puan Khalijah Mohd Nor, Encik Yus Faizal Abdul Rahim dan beberapa pereka lain.

batik 1 malaysia2

 

Motif dan reka corak Batik 1Malaysia dihasilkan melalui gabungan ciri-ciri budaya kaum-kaum di Malaysia antaranya kaum Melayu, Cina, India dan etnik Sabah dan Sarawak. Motif daripada kain songket, bunga paisley, motif bulu merak, pua kumbu, bunga pioni dan bunga kapas diadun dan diolah menggunakan lima elemen warna iaitu merah, biru, hitam, kuning dan putih.

batik 1 malaysia3batik 1 malaysia4Baju ini dipakai buat kali pertamanya oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Sri Najib Tun Razak serta Menteri-menteri Kabinet semasa sambutan Hari Kemerdekaan ke-53 (2010) yang diadakan di Stadium tertutup Bukit Jalil.

batik1malaysia5

 

Kehalusan rekaan corak batik diolah bermotifkan kebudayaan dan warisan empat masyarakat dominan dan utama di Malaysia. Motif awan larat yang sering terdapat pada batik dan tenunan songket mewakili kaum Melayu. Daun paisley dan bulu merak pula melambangkan kemegahan budaya kaum India. Sementara itu, bagi kaum Cina, bunga pioni dan bunga kapas menghiasi fabrik itu. Gabungan lima warna iaitu merah, biru, hitam, kuning dan putih pula menonjolkan elemen bangsa Malaysia. Selain itu, motif kain tenun pua kumbu, iaitu tekstil warisan nenek moyang masyarakat Iban, juga tersemat dalam rekaan batik tersebut.

Share Button

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*